Uncategorized

Akidah Untuk Perjuangan

http://www.youtube.com/watch?v=_7m6tU6ROr8

Jihad berasal dari perkataan Al Juhdu bermakna Attaqah ; berjuang dengan segala kemampuan dan kekuasaan. Dan perkataan Al Jahdu dengan makna al masyaqqah ; berjuang dengan segala kepayahan dan kesusahan. Orang yang berjihad di jalan Allah akan diberi ganjaran yang besar iaitu dimasukkan ke dalam Syurga. Berjihad ialah berusaha dengan bersungguh sungguh bagi mempertahankan Agama Islam dan mengatasi penentang-penentangnya. Berjuang bagi menegakkan Kalimah Allah, memenangkan Islam dengan harta dan jiwa raga. Jihad adalah merupakan satu kewajipan dan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: ” diwajibkan ke atas mu berperang , sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah jualah yang mengetahui ( semua itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya”. ( Al Baqarah : 216 )

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan umat Islam di zaman lampau adalah bermula dengan semangat jihad. Jiwa mereka yang mantap dengan keimanan dan diiringi kecintaan kepada Allah dan Rasul, akhirnya mereka sanggup berjihad untuk meninggikan Kalimah Allah.

Kewajipan berjihad hampir dilupai oleh sebahagian besar umat Islam, akibat daripada pendidikan Islam sebenar telah diselewengkan oleh penjajah dan anak didik mereka. Golongan ini memasukkan kefahaman mereka kedalam pemikiran umat Islam menyebabkan tenggelamnya kewajipan berjihad membela agama, menegakkan Islam dan memerangi golongan kuffar yang menceroboh dan memusnahkan kepentingan Islam dan umatnya. Mereka mendefinisikan jihad yang lebih utama di zaman ini ialah jihad ekonomi, jihad menghapuskan kemiskinan, membangunkan negara dan sebagainya. Mereka lupa bahawa pemikiran dan tindak tanduk mereka itu telah dikuasai oleh musuh Islam, iaitu roh musuh telah menyerap masuk ke dalam jasad mereka.

Menurut Abdul Hamid Siddiqqi, jihad ialah pengorbanan seluruh daya usaha pada jalan Allah , ia merangkumi keseluruhan dimensi perjuangan untuk menegakkan Kalimah Allah.

Para ulama telah bersependapat bahawa jihad ialah segala pengorbanan daya usaha setiap muslim, sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda demi untuk menghapuskan kemugkaran dan segala kebatilan atau apa jua segala bentuk yang bercanggah dengan syariat Allah, ia ditentang habis-habisan.

Dan Rasulullah telah bersabda :

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةَ اللهِ اْلعُلْيَا فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

Maksudnya : “ Barangsiapa yang berperang demi menegakkan Kalimah Allah, maka dialah yang berada di jalan Allah “. (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya jelas bahawa jihad ialah perjuangan dalam segala bentuk dan dalam semua aspek untuk menegakkan Kalimah Allah, lantaran itu jelaslah bahawa perjuangan yang berlandas kan marah,dendam,kerana harta dan pangkat adalah bukan Fi Sabilillah.

Firman Allah yang bermaksud: “ Telah diizinkan ( berperang ) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya, Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka.” ( Surah Al Hajj: 39 )

Allah akan menjauhkan jasad mereka yang berjihad dari seksa api Neraka. Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “ dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda : Ada dua mata yang tidak akan terkena api neraka, iaitu mata yang menagis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di dalam perang Sabilillah.”

Allah mengangkat tinggi martabat tentera-tentaraNya,orang-orang yang bejuang di jalanNya, dan disediakan Syurga bagi mereka.

Firman Allah yang bermaksud: (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. ( Surah al-Taubat, ayat 88 -89 )

Allah amat mencintai mereka yang berjihad di dalam gerakan Islam dalam satu saf jemaah yang tersusun rapi.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. ( Surah al-Saff, : 4 )

Advertisements
Standard

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s