Tazkirah

Bila Semangat tidak di sertai Ilmu : Ramadhan Special.

Ramadhan, satu bulan yang sering dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam. Kerana padanya terdapat terlalu banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain. Bahkan terdapat suatu malam yang ada padanya (Ramadhan) lebih baik dari seribu bulan. Pada bulan ini jugalah kitab suci al-Quran telah di turunkan.

Firman Allah taala

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” [Al-Qadr 97:1-3 ]

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Al-Baqarah 2:185]

Di persiapkan diri dengan penuh semangat, kerana mahu menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Di hitungnya bilangan hari dalam menghadapi Ramadhan. Dan pelbagai lagi persiapan di lakukan demi menyambut Ramadhan.

Namun yang mendukacitanya, dalam banyak-banyak persiapan, ramai antara kita terlepas pandang/terlupa untuk membuat persiapan Ilmu dalam menyambut Ramadhan. Sehingga menyebabkan mereka tersungkur di pertengahan Ramadhan. Semuanya kerana semangat tidak di sertai dengan Ilmu.

Contohnya, di awal Ramadhan, masjid-masjid di penuhi Jemaah manusia, namun menjelang pertengahan Ramadahan (belum di sebut lagi penghujung Ramadhan), bilangan jemaah semakin susut, suasana semakin lengan, masjid semakin di jauhi, padahal di penghujung Ramadhan itulah semakin banyak ganjaran pahal menanti kita. Begitu jugalah dalam perkara-perkara lain.

“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui”[Surah Az-Zumar, ayat 9]

Jadi, di kesempatan yang ada ini (kurang lebih 2 minggu untuk kita menyambut Ramadhan), kita ubah cara kita dalam menyambut Ramadhan untuk kali ini. Jangan kita sandar pada semangat semata-mata dalam mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan, namun haruslah ianya turut di sertai dengan ilmu sekali. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan-ramadhan kita yang lepas.

Di sini penulis sertakan beberapa perkara (cadangan) bagi kita mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadhan.

1-      Mengulangkaji ilmu berkenaan ibadah puasa (Hikmah pensyariatannya dan hukum hakamnya).
2-      Tadabbur ayat al-quran dan menghayati hadith yang berkaitan dengan kelebihan (fadhilat) Ramadhan.
3-      Mengikuti kuliah-kuliah berkaitan dengan Ilmu Ramadhan (amalan-amalan dan ganjaran sepanjang Ramadhan).
4-      Lazimi puasa Isnin Khamis di bulan Rajab dan Syaaban.
5-      Lazimi baca Al-Quran sepipi sehari (paling kurang).
6-      Lazimi qiamulail (seminggu sekali).
7-      Banyakkan berdoa pada Allah semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan, dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelum ini.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Sumber : http://hisyamahmad.net/81-artikel/96-bila-semangat-tidak-di-sertai-ilmu-ramadhan-special

“SEP PC KEMAH KEMING”

Advertisements
Standard

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s