Uncategorized

Akidah Untuk Perjuangan

http://www.youtube.com/watch?v=_7m6tU6ROr8

Jihad berasal dari perkataan Al Juhdu bermakna Attaqah ; berjuang dengan segala kemampuan dan kekuasaan. Dan perkataan Al Jahdu dengan makna al masyaqqah ; berjuang dengan segala kepayahan dan kesusahan. Orang yang berjihad di jalan Allah akan diberi ganjaran yang besar iaitu dimasukkan ke dalam Syurga. Berjihad ialah berusaha dengan bersungguh sungguh bagi mempertahankan Agama Islam dan mengatasi penentang-penentangnya. Berjuang bagi menegakkan Kalimah Allah, memenangkan Islam dengan harta dan jiwa raga. Jihad adalah merupakan satu kewajipan dan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: ” diwajibkan ke atas mu berperang , sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan ( ingatlah ), Allah jualah yang mengetahui ( semua itu ), sedang kamu tidak mengetahuinya”. ( Al Baqarah : 216 )

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa kecemerlangan umat Islam di zaman lampau adalah bermula dengan semangat jihad. Jiwa mereka yang mantap dengan keimanan dan diiringi kecintaan kepada Allah dan Rasul, akhirnya mereka sanggup berjihad untuk meninggikan Kalimah Allah.

Kewajipan berjihad hampir dilupai oleh sebahagian besar umat Islam, akibat daripada pendidikan Islam sebenar telah diselewengkan oleh penjajah dan anak didik mereka. Golongan ini memasukkan kefahaman mereka kedalam pemikiran umat Islam menyebabkan tenggelamnya kewajipan berjihad membela agama, menegakkan Islam dan memerangi golongan kuffar yang menceroboh dan memusnahkan kepentingan Islam dan umatnya. Mereka mendefinisikan jihad yang lebih utama di zaman ini ialah jihad ekonomi, jihad menghapuskan kemiskinan, membangunkan negara dan sebagainya. Mereka lupa bahawa pemikiran dan tindak tanduk mereka itu telah dikuasai oleh musuh Islam, iaitu roh musuh telah menyerap masuk ke dalam jasad mereka.

Menurut Abdul Hamid Siddiqqi, jihad ialah pengorbanan seluruh daya usaha pada jalan Allah , ia merangkumi keseluruhan dimensi perjuangan untuk menegakkan Kalimah Allah.

Para ulama telah bersependapat bahawa jihad ialah segala pengorbanan daya usaha setiap muslim, sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda demi untuk menghapuskan kemugkaran dan segala kebatilan atau apa jua segala bentuk yang bercanggah dengan syariat Allah, ia ditentang habis-habisan.

Dan Rasulullah telah bersabda :

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُوْنَ كَلِمَةَ اللهِ اْلعُلْيَا فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ

Maksudnya : “ Barangsiapa yang berperang demi menegakkan Kalimah Allah, maka dialah yang berada di jalan Allah “. (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya jelas bahawa jihad ialah perjuangan dalam segala bentuk dan dalam semua aspek untuk menegakkan Kalimah Allah, lantaran itu jelaslah bahawa perjuangan yang berlandas kan marah,dendam,kerana harta dan pangkat adalah bukan Fi Sabilillah.

Firman Allah yang bermaksud: “ Telah diizinkan ( berperang ) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya, Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka.” ( Surah Al Hajj: 39 )

Allah akan menjauhkan jasad mereka yang berjihad dari seksa api Neraka. Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “ dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda : Ada dua mata yang tidak akan terkena api neraka, iaitu mata yang menagis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di dalam perang Sabilillah.”

Allah mengangkat tinggi martabat tentera-tentaraNya,orang-orang yang bejuang di jalanNya, dan disediakan Syurga bagi mereka.

Firman Allah yang bermaksud: (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. ( Surah al-Taubat, ayat 88 -89 )

Allah amat mencintai mereka yang berjihad di dalam gerakan Islam dalam satu saf jemaah yang tersusun rapi.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. ( Surah al-Saff, : 4 )

Standard

Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiamullail ialah:

  1. Keikhlasan niat,
  2. Memperkuatkan tekad,
  3. Memperbaharui taubat,
  4. Menghindari maksiat pada siang harinya,
  5. Segera tidur,
  6. Melakukan tidur siang hari, dan
  7. Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

526807_283954138411598_1360485981_n

Tafsir

Perumpamaan di dalam Al-Quran dan Hikmahnya

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar daripada Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?.” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik QS 2:26

Ibnu Abbas dan Ibu Mas’ud menjelaskan ayat ini, “Allah telah memberi dua perumpamaan orang-orang munafik sebagaimana disebutkan dalam ayat Al-Quran sebelumnya.Orang-orang munafik kemudian mengejek perumpamaan itu.Setelah itu turunlah ayat ini yang menegaskan mereka yang mengejek termasuk orang-orang yang rugi.

Abu Ja’far Ar-Razi meriwayatkan, Rabi bin Anas berkata, ” Nyamuk ini diumpamakan kehidupan dunia. Jika kelaparan, nyamuk akan selalu hidup.Sebaliknya, jika kenyang dan badannya menggemuk, nyamuk mati.Begitu juga orang-orang yang ada di dunia, jika mereka tenggelam dengan kehidupan dunia, Allah akan segera menghentikan mereka.”

Maksud kata (atau yang lebih kecil dari itu) bahawa Allah boleh sahaja mengambil perumpamaan dengan makhluk yang lebih besar daripada nyamuk.Dengan kata lain, mengambil perumpamaan yang jenisnya lebih besar secara nilai, bukan fizikal.

Mujahid menegaskan, perumpamaan-perumpamaan tersebut hendaknya diimani sebagai kebenaran dari Allah.Keimanan inilah yang menjadi jalan turunnya hidayah Allah.

Sumber : Al-Misbah Al-Munir fe Tahzib Tafsir Ibnu Kathir.

Gambar adalah hiasan semata-mata

Gambar adalah hiasan semata-mata

” SEP PC KEMAH KEMING “

Standard
Tazkirah

Bila Semangat tidak di sertai Ilmu : Ramadhan Special.

Ramadhan, satu bulan yang sering dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam. Kerana padanya terdapat terlalu banyak kelebihan berbanding bulan-bulan lain. Bahkan terdapat suatu malam yang ada padanya (Ramadhan) lebih baik dari seribu bulan. Pada bulan ini jugalah kitab suci al-Quran telah di turunkan.

Firman Allah taala

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” [Al-Qadr 97:1-3 ]

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Al-Baqarah 2:185]

Di persiapkan diri dengan penuh semangat, kerana mahu menyambut bulan ramadhan yang mulia ini. Di hitungnya bilangan hari dalam menghadapi Ramadhan. Dan pelbagai lagi persiapan di lakukan demi menyambut Ramadhan.

Namun yang mendukacitanya, dalam banyak-banyak persiapan, ramai antara kita terlepas pandang/terlupa untuk membuat persiapan Ilmu dalam menyambut Ramadhan. Sehingga menyebabkan mereka tersungkur di pertengahan Ramadhan. Semuanya kerana semangat tidak di sertai dengan Ilmu.

Contohnya, di awal Ramadhan, masjid-masjid di penuhi Jemaah manusia, namun menjelang pertengahan Ramadahan (belum di sebut lagi penghujung Ramadhan), bilangan jemaah semakin susut, suasana semakin lengan, masjid semakin di jauhi, padahal di penghujung Ramadhan itulah semakin banyak ganjaran pahal menanti kita. Begitu jugalah dalam perkara-perkara lain.

“Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui”[Surah Az-Zumar, ayat 9]

Jadi, di kesempatan yang ada ini (kurang lebih 2 minggu untuk kita menyambut Ramadhan), kita ubah cara kita dalam menyambut Ramadhan untuk kali ini. Jangan kita sandar pada semangat semata-mata dalam mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan, namun haruslah ianya turut di sertai dengan ilmu sekali. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan-ramadhan kita yang lepas.

Di sini penulis sertakan beberapa perkara (cadangan) bagi kita mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadhan.

1-      Mengulangkaji ilmu berkenaan ibadah puasa (Hikmah pensyariatannya dan hukum hakamnya).
2-      Tadabbur ayat al-quran dan menghayati hadith yang berkaitan dengan kelebihan (fadhilat) Ramadhan.
3-      Mengikuti kuliah-kuliah berkaitan dengan Ilmu Ramadhan (amalan-amalan dan ganjaran sepanjang Ramadhan).
4-      Lazimi puasa Isnin Khamis di bulan Rajab dan Syaaban.
5-      Lazimi baca Al-Quran sepipi sehari (paling kurang).
6-      Lazimi qiamulail (seminggu sekali).
7-      Banyakkan berdoa pada Allah semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan, dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang sebelum ini.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Sumber : http://hisyamahmad.net/81-artikel/96-bila-semangat-tidak-di-sertai-ilmu-ramadhan-special

“SEP PC KEMAH KEMING”

Standard
Aqidah

Doakan Mesir, dan Kita?

Image

InsyaAllah, kebenaran pasti berada di depan !!!

Oh duniaku,

Pabila kemewahan diserbu,

Pemikiran menjadi kelabu,

Terpesong dari Yang Satu.

Oh duniaku,

Di sini dan situ,

Sandiwara di setiap penjuru,

Bikin kebejatan membelenggu.

Oh duniaku,

Bertongkat kita pada Yang Satu,

Berjuang kita menjadi satu,

Menongkah deras sang seteru.

***

Kebenaran tidak akan selamanya tewas dengan kejahatan. Pandanglah dengan hikmah, bergeraklah kita dengan langkah yang jitu, usahakanlah menempatkan Islam yang syumul ini di tempat yang sepatutnya, walaupun siapa kita, di mana kita berada, moga kita suatu hari nanti menjadi sebahagian daripada sejarah kebangkitan Islam !!

Allahuakbar !!!

” SEP PC KEMAH KEMING “

Standard
Ibadah

Nifsu Syaaban

Image

Hadith sahih fadhilat nisfu sya’ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)”.

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur’an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya’baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa’ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa’ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya’baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya’ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya’ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya’ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya’baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.

Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya’ban

Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya’baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya’baan:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya’baan

(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:

(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)

ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.

(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).

ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.

Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.

Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

Ulasan tokoh-tokoh Hadith

Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.

al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Sumber dipetik daripada: http://yapis.blogspot.com/2007/08/jauhid-bidah-nisfu-syaaban.html

” SEP PC KEMAH KEMING ”

Standard
Aqidah

Apa itu Syiah?

aqidah-syiah

Apa itu Syiah ?
Penuh news feed kita pasal syiah kan ?
Dan kita masih berdiam diri .
Masih tak mahu ambil tahu .
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa .

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni .
Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit .
Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah .
Let’s check it out . Eh!

————————————————————————-

Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
“Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar..”
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu’q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

–Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , “Dua patung berhala Quraisy..” .

–Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

–Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

–Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

–Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

–Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

–Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

–Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

—————————————————————————

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
–Hipokrit everywhere—Lalalalala~

———————————————————————

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka
. Pftttt ==”
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin ♥

Duplikasi dari, pendosa tanpa noktah katanya,
Nur Diana .

“SEP PC KEMAH KEMING”

Standard